Selasa, 9 Disember 2014

GLA Complex

Biasa kita cerita mengenai Omega-3.. hari ni jom tengok keperluan Omega-6 atau GLA. Omega-6 macamlah juga Omega-3 perlu diambil melalui diet pemakanan. Sebenarnya ambil Omega-3 sahaja belum cukup, kena imbangkan dengan Omega-6 juga.

Bagi yang nak kulit lembut & cantik, kena ambil Shaklee GLA Complex ni. GLA ni adalah sumber Omega-6. GLA akan mengatasi masalah radang pada kulit & mengikut kajian berkesan membanti memperbaiki masalah kulit macam ekzema & psoriasis.

Antara manfaat Omega-6 untuk kulit, tulang, rambut & metabolisma
GLA Complex ni sebenarnya salah satu dari set kesuburan. Kawan saya cuba nak mengandung, jadi saya cadangkan ambil GLA Complex ni sebagai ikhtiar sebab GLA complex ni membantu untuk seimbangkan balik hormon & membantu persenyawaan waktu subur.

GLA dalam GLA Complex diekstrak dari bunga Borage yang mempunyai ketumpatan GLA lebih tinggi berbanding EPO


Selain dari cuba nak mengandung, kulit muka dia pun jenis yang berminyak & ada akne - jerawat yang merah-merah. Dah beberapa bulan dia ambil GLA Complex ni, belum aada rezeki dia & suami nak dikurniakan anak tapi kulit muka dia semakin baik. Jerawat yang dulu besar-besar & merah dah makin hilang.. hampir tak nampak. Kulit muka dia pun tak berminyak.



Semoga Allah beri dia rezeki dalam bentuk anak pulak lepas ni. Doakan ye!

Normala





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...