Ahad, 14 Disember 2014

Demam

Bismillah... 
Demam dah semakin kebah. Tanda-tandanya bila berpeluh tak mengira masa walaupun tak panas & tak buat apa-apa. Macam mana pun masih lagi kena berhati-hati ada kebarangkalian kalau tak betul baiknya demam boleh berulang. Last sekali demam teruk bulan May. Masa tu bila berulang kali ke-2 saya ambil nutriferon. Alhamdulillah kebah esoknya. Tapi kali ni nutriferon takde. Stok Shaklee tak tau bila baru ada balik. Dah ada nanti memang wajibla simpan stok mana yang perlu waktu emergency macam ni.
Badan dah mula rasa lain macam hari khamis. So petang & malam tu saya dah mula ambil 2 biji SR Vita-C  Plus. Pagi jumaat tu pun sebelum pergi kerja & sarapan telan lagi 2 biji. Vitamin C Shaklee tak menganggu perut ambil sewaktu perut kosong. Pagi tu jumpa doktor kat office.. Doktor kata dekat 40. Otak ni dah tak boleh berfikir. Doktor bagi mc.. Tapi saya tak balik. Lepas je habis meeting saya pergi tidur kat surau sampai tengahari. 

Boleh rasa demam ni lain macam. Badan menggigil. Nurse kata mungkin tonsil bengkak, katanya kalau tak baik juga pergi klinik luar ambil antibiotik yang kuat lagi. Teruk... pcm yang doktor bagi tahan 2 jam je. Lepas tu panas balik.  Cepat-cepat pun ambil pcm selepas 6 jam. Mana boleh ambil kerap pada tu.

Malam tu, pun sama.. Anak saya ambil cool fever (brand panadol) lekap kat dahi :)  Saya masih berselang ambil vitamin C dengan ubat.



Alhamdulillah semalam (sabtu) temperature dah turun. Tak sepanas hari jumaat. Walaupun badan masih sakit-sakit effect dari panas tu, sekurang-kurangnya dah tak demam lagi.

Kalau ambil suplemen please jangan tinggal ubat. Cuma jarakkan masa ambil ubat & suplemen sekurang-kurangnya 2 jam. Macam saya kira jam pukul berapa nak bangun makan ubat, pastu bangun lagi makan vitamin....
Insyaallah.. Dos ubat tu akan berkurangan.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...