Khamis, 18 Disember 2014

3 Langkah kira wang anda

Dah nak hujung tahun 2014. Sekejap masa berlalu...ayat klise huhu.

Tak nak cerita pasal azam baru. Nak cerita keperluan 20 atau 25 tahun akan datang yakni waktu pencen. 




Berapa keperluan kita selepas pencen / berhenti dari kerja? Jom kira dengan 3 langkah ini.

1) Mengikut kajian Pentadbir Pencen Swasta (PPA) individu yang telah bersara memerlukan 2/3 dari gaji terakhirnya sebelum bersara bagi mengekalkan taraf hidup semasa persaraannya. 

Senang kira katakan gaji terakhir adalah RM10 ribu, maka anda perlukan RM7 ribu sebagai pendapatan bulanan. Ini sebagai andaian berkurangnya 50% perbelanjaan yang berkaitan dengan pekerjaan tetapi dalam masa yang sama peningkatan sebanyak 20% keperluan masa lapang (seperti bercuti) dan keperluan kesihatan (untuk perubatan)

2) Kira jumlah keperluaan untuk keseluruhan tempoh persaraan. Katakan kita bersara pada usia 55 tahun, RM7 ribu sebulan darabkan dengan 25 tahun. Purata Jangka hayat ini akan meningkat. Lebih selamat didarabkan dengan 30 tahun

3) Kadar inflasi - apabila menyimpan (atau melabur) kena pastikan pulangan yang diterima melebihi kadar inflasi. Secara mudah kalau kadar inflasi adalah 5%, pulangan yang diterima mestilah lebih dari 5% setahun. Ada kiraan untuk ini untuk kita tahu jumlah sebenar.

Tapi cukup untuk kita faham di mana kedudukan kewangan kita sekarang. 

Berhasrat nak tambah simpanan masa hadapan dengan mencari pendapatan sampingan, boleh hubungi saya. 

Risiko pelaburan hanya RM65 ringgit untuk seumur hidup sebagai ahli Shaklee. Anda tentukan sendiri berapa anda nak.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...